Sunday, 23 June 2013

Kenali FIBRIOD


FIBRIOD

Fibriod adalah sejenis ketumbuhan yg berasal dari tisu rahim .Apabila ia membesar ,fibroid boleh memberikan pelbagai masalah kepada wanita ,seperti menghimpit pundi kencing ,haid yg banyak ,sakit semasa haid dan sakit semasa bersama dan sebagainya .Ia tumbuh sehingga sebesar biji bola tapi ia bukan sejenis kanser .
Ada yg mengatakan bahawa ketumbuhan fibroid ini sering berlaku dikalangan wanita yg tidak berkahwin atau lambat berkahwin dan juga yg berkahwin tetapi sukar mengandung dan beranak .Sering dijumpai fibroid dikalangan wanita yg mengalami masalah ketidaksuburan atau kemandulan .Disamping ketumbuhan fibroid mereka juga menghidap penyakit endometriosis ,iaitu sejenis penyakit dimana darah kotor melimpah kebelakng rahim menyebabkan berbagai-bagai masalah pada saluran peranakan ,kilang telur dan persekitaran rahim .

FIBRIOD AKIBAT KETIDAKSEIMBANGAN HORMON

Ada yg mengatakan bahawa ketumbuhan fibriod adalah akibat daripada ketidakseimbangan dalam hormon wanita .Perlu diberitahu disini bahawa wanita mempunyai dua jenis hormon iaitu estrogen dan progestron. Biasanya estrogen meningkat naik sejurus haid dan paras progestron pula meningkat selepas telur dikeluarkan, iaitu dua minggu selepas keluar haid sehingga tempoh haid akan datang.Oleh itu ,keadaan yg tidak seimbang ,khususnya jika berlaku terlalu banyak estrogen dan tidak mencukupi progestron dalam badan seseorang ,boleh menimbulkan berbagai-bagai masalah seperti pendarahan yg tidak tentu masa ,ketumbuhan fibroid pada rahim serta keadaan ketidaksuburan atau kemandulan . 


BAGAIMANA WANITA BOLEH MENGHAIDAPINYA?

Fibroid adalah kejadian yang kerap terjadi iaitu pada 25% kaum wanita tetapi setakat ini kita tidak dapat pastikan bagaimana ia terjadi. Walaubagaimanapun, kehadiran hormon estrogen berkait rapat dengan pembesaran fibroid. Fibroid terjadi kebanyakkan pada mereka yang berusia 30-40 tahun iaitu dalam usia reproduktif. Apabila umur semakin meningkat dan takat estrogen yang semakin rendah, fibroid juga akan susut secara sendirinya.



APAKAH GEJALA-GEJALA FIBROID

kebanyakan wanita tidak mengetahui mereka mempunyai fibroid kerana ia jarang memberika masalah tetapi sekiranya ia terlalu besar dan berada pada ruang saluran ,pesakit akan mengalami :
~ Sakit semasa haid ( segugut )
~ Sakit belakang
~ Haid yang banyak
~ Sembelit
~ Kencing yang kerap
~ keguguran yang kerap
~ Sukar mengandung

FIBROID DIRAWAT SECARA PEMBEDAHAN

Sekiranya anda memang memerlukan rawatan terdapat dua jenis pembedahan yang disarankan ,Satu dinamakan myomectomy dimana ketumbuhan itu sahaja akan dibedah dan dibuang oleh doktor .Manakala hysterectomy pula adalah pembedahan membuang kesemua rahim dan selalunya dibuat kepada wanita yang hampir mencapai usia menopos dan mereka yang tidak lagi mahukan anak .


BAGAIMANA SDM DAPAT MEMBANTU??

Boleh amalkan Jamu Dewi Dara (RM48/50biji) sehingga fibroid mengecut. Sepanjang pemakanan JDD ini,pengguna akan merasa senggugut utk mengecutkan fibroid ini. Insyaallah,penggunaan yg konsisten boleh mengecutkan fibroid.

No comments:

Post a Comment

Serum dan Syampoo Faith Fleur

Fungsi Serum Rambut Faith Fleur 👇  🌸Mengurangkan Rambut Gugur 🌸Membaiki Rambut Rosak 🌸Memberi Nutrien Pada Rambut Rosak 🌸Melembutkan...