PERHATIAN!!!!!

Pesanan boleh dibuat dengan cepat melalui SMS @ Whatsapp......
Jika anda komen dibawah @ anta email takut admin tak perasan....
So apa2 petanyaan @ pesanan anta ke no nie
0.1.9.9.9.8.1.6.6.4 (lynn)

Friday, 3 January 2014

Serai Wangi


Serai wangi adalah tumbuhan yang banyak kegunaannya. Kebiasaannya, serai wangi ini digunakan untuk dijadikan mandian wanita selepas bersalin atau semasa berpantang. Namun pada hari ini,serai wangi bukan sahaja untuk wanita tetapi ia juga sesuai dengan lelaki. Banyak kelebihannya dengan serai wangi ini.

Berikut adalah kelebihan-kelebihan mandian serai wangi untuk tubuh badan kita:

1) membantu mengubati masalah sakit perut dan memecahkan gumpalan angin serta melepaskan angin melalui dubur (kentut) dan mulut (sendawa).dapat membantu mengimbangkan kestabilan hormon.

2) Campuran pada rempah ratus dijadikan pes bagi merawat bengkak-bengkak sendi dan otot.air rebusan daun serai (lebih baik jika dicampurkan dengan daun sirih dan gandarusa) digunakan bagi mandian ibu dalam pantang selepas bersalin dan untuk penyakit lemah otot dan sendi.

3)menambahkan aroma hidangan serta membantu meringankan keadaan keracunan makanan.campuran dengan rempah ratus mempunyai khasiat bagi merawat kesihatan sistem dalaman badan.Membantu melawaskan dan melancarkan pembuangan air kecil.

4)daun serai yang dibalut dengan besi atau batu panas digunakan untuk tuaman yang bertungku pada kawasan urat saraf yang lemah,penyakit bisa otot-otot,sendi,mengecutkan rahim yang bengkak,memecahkan lendir,darah dan angin.

3)daun serai dan jintan hitam digiling menjadi pes dan ditampal di dahi untuk untuk melegakan sakit kepala seperti angin meroyan dalam pantang bersalin.

4)Membantu melegakan sendi dan saraf yang tegang sewaktu bersalin

5)Membantu melancarkan peredaran darah

6)Membantu mengurangkan rasa stress dengan bau-bau haruman pati daun yang di rebus.

7)Membantu mengurangkan angin di seluruh badan.